β boys out there, please take note!β
14 January 2017 | 21:42 | 0 love drops
To the bros out there πBro, dengar sini akak nak cakap sikit. Semua perempuan dalam dunia ni ada kecantikan dia yang tersendiri. kau je yang buta hati. kau hina dia depan kawan-kawan kau. kau pura-pura sayang dia. kau tipu dia. kau gunakan dia sedangkan kau tak nak dia pun. sedangkan hati kau tu pada yang lain.
What do you guys think orang perempuan ni takde perasaan ke bro? π dia sama je macam kau bro, ada hati ada perasaan. kau je yang tak pernah kisah pasal dia. Why? sebab ego kau tinggi bro. kau psycho. kau ingat kau sorang je yang betul. kau fikir dia sorang je yang ada silap.
Guys, wake up ok? she loves you so much. dia tak nak kehilangan kau. dia setia cuma pada kau. yaaa mungkin dia banyak berkawan sana sini but she is not as same as you bro. berkawan melayan yang lain sampai hati tu berpindah pada yang lain. tak sangka hati you guys ni hidup cara nomad π dia jaga hati dan perasaan kau. dia caring pasal kau. tapi kau?
kau reply dia punya text pun sepatah dua patah je. tolonglah, belajar jaga hati dia. jaga perasaan dia. caring pasa dia. take a good care of her. jangan lah kau ignore dia buat dia rasa macam dia tak penting untuk kau. ibarat macam kau dan dia lansung tak wujud dalam hidup masing-masing.
dia perempuan. perangai kasar singa macam mana pun hati dia lembut sebenarnya bro. kau je yang tak tahu macam mana nak 'jinakkan' dia. lebih baik yang jenis kasar singa pada luaran dia tapi lembut bila dengan kau daripada yang jenis lembut manja tak kira dengan siapa pun. kau sebenarnya beruntung dapat perempuan yang jenis kasar luaran dia namun sebenarnya dia jenis manja dan manja dia cuma kau je yang dapat rasa bro. sebab nak cari perempuan yang betul-betul manja ni susah. gedik tu ramai. kau lelaki, kau kena faham perempuan macam mana baru kau boleh bercinta dengan dia,
dia senyum, dia happy. sedih takat mana pun hati dia, dia tetap senyum untuk kau. tetap tunjuk dia kuat. she act like nothing happen. sebab apa? sebab dia sayang kau. bila kau marah maki hamun dia, dia senyap bro. sebab dia tahu bila kau marah semua benda nak keluar. mungkin ada sepatah dua dia jawab tapi bukan niat nak melawan, sekadar nak betulkan tuduhan kau yang mungkin teramat berat bagi dia but after all dia tetap pilih untuk diam dan iya kan je ape kau cakap, dia faham kau. tapi kau? kau lansung tak faham dia bro. kau tak faham apa yang dia nak.
ingat satu je, sekali dia buang kau dalam hidup dia, dia takkan kutip kau balik bro. perempuan memang senang nak maafkan tapi sekali hati dia dah terluka yang amat, sesekali pun dia takkan pernah bagi peluang dekat orang tu. jangan pulak nanti bila dah jadi macam tu baru kau nak rasa menyesal. takde guna dah bro kau nak menyesal bila hati dia dah tawar, hilang dah tertutup untuk kau.
kalau kau sayang dia, jangan gunakan dia. hargai dai bro. dia cuma perlukan kasih sayang dan perhatian je daripada kau. tu je yang dia perlukan. then everything mana kurang nya pada dia mana yang kau tak suka mungkin slowly dia akan ubah untuk kau,
manusia akan berubah dengan sendiri bila dia sayangkan seseorang kerana mereka akan cuba untuk jadi yang terbaik buat insan yang mereka sayang.bro, berubah laaa. JANGAN JADI BUAYA DARAT. kalau nak bercinta hati biar ikhlas. jangan kau tipu dia, gunakan dia. same as you girls π perempuan ni hati sensitif bro. senang sangat terluka. sebab tu kau diciptakan untuk melindungi perempuan bukan untuk kau sakiti kau robek lagi hati dia.
kau lelaki sepatutnya kau tahu semua benda ni. bukannya kau tak boleh lepak dengan member-member kau cuma, text lah dia sekejap. kau korbankan lah masa untuk dia. Text dia tanya
"sayang okay?" "take care tau sayang, i love you" "buat apa tu sayang? dah makan?"π.tanya macam tu pun dah buat hati dia tenang. buat dia rasa happy.
tak susah kan bro? Jangan ingat kau lelaki kau boleh main kan perasaan perempuan. tak semudah tu bro. sedangkan Allah amat melindungi kaum hawa. kau mainkan perasaan dia, nanti jangan tanya kenapa hati kau dipermainkan semula. kifarah tu ada π
Hearts, β₯ Azira Nadia β₯