A Moment in Time
♔Granted.♔
23 March 2016 | 21:37 | 0 love drops
ASSALAMUALAIKUM!

Manusia sekarang banyak yang lupa siapa mereka pada asalnya. Lupa bagaimana diri mereka yang sebelumnya di saat mereka susah, sape yang tak jemu berdiri membantu dan sebagainya. Sekarang makin ramai yang tak tahu nak menghargai seseorang dalam hidup mereka. GRANTED. Yes, kebanyakkan orang sekarang ni took people only for granted in their life. Ramai yang hanya buat seseorang yang hadir dalam hidup diorang sebagai suatu tempat untuk gunakan bagi kebaikan mereka.

Kau mungkin pernah cakap
Aku bukan perlukan kau hanya untuk kebaikan aku tapi sebab aku tahu nak hargai kau sebab kau dah banyak tolong aku, bagaimana aku perlukan kau dalam susah senang macam tu jugak kau perlukan aku dalam susah dan senang.
Tapi semua tu hanya cakap kosong. Kau cakap je kau tahu nak hargai seseorang tu tapi ape yang kau buat? Disaat kau susah kau cari seseorang tu, tapi bila kau senang bila kau gembira kau lupa dia. Malah kau sibuk rasa gembira gelak ketawa bahagiakan hidup orang lain. Dia sibuk tanyakan kau itu ini takut kau dalam kesusahan. Cari kau tiap masa dan hanya mampu melihat sambil tersenyum dan berkata "baguslah jika itu yang buat kau bahagia."

Kau tak sedar apa yang dia buat, pengorbanan perhatian dia untuk kau. Kau tak sedar akan semua yang berlaku, kau tak pernah nampak effort seseorang untuk kau bila kau cuma buat dia hanya untuk kebaikan kau. Kau cuma nampak orang lain di mata kau. Kau susah dia ada, kau senang dia ada. Sampai suatu saat dia sanggup ubah diri dia untuk kau. Tapi, apa yang kau sedar? Kau cuma nampak kesalahan dan kelemahan seseorang. Sesuatu yang baik di diamkan, kesalahan yang kecil diperbesarkan.

Kenapa manusia jadi macam tu?

Kau jadi macam tu sebab kau lansung tak pernah nak ambil masa tilik diri kau sendiri, bertakafur untuk sementara waktu menyendiri dan cuba untuk sedar ape yang kau ada pun serba kekurangan. Kau fikir kau je yang betul, kau je yang cerdik dan orang lain tu bodoh. Kau pandang orang lain kecil di mata kau tapi kau tak sedar orang lain pun pandang kau kecil disebab kan keangkuhan diri kau sendiri.

Ada orang, mereka tak akan sesekali suarakan isi hati mereka untuk nak jaga perasaan dan hati kau sampai tahap sanggup ketepikan hati sendiri. Hati sendiri jatuh ke lantai pun tetap dibiarkan dan kutip hati kau demi nak jaga perasaan kau yang satu tu. Takut diri mereka tersilap bicara. Tapi kau tetap cakap kau yang sibuk jaga hati orang, hati kau takde yang jaga. Hakikat, kau tak nampak semua yang dia korbankan untuk kau. Kadang kau yang salah tapi mereka yang sibuk minta maaf mengakui mereka yang silap walhal bukan kesilapan tu datang dari mereka. Mungkin kau akan rasa sesuatu kemenangan dalam diri kau bila mereka ucapkan kata maaf tapi sebenarnya kau salah.

Jika aku, aku mengalah sebab aku sedar tak ada guna bertengkar. Aku penat untuk bertengkar dengan mereka yang tak pernah nak faham apa yang aku lakukan, tak pernah nak nampak usaha aku selama ni. Aku tahu kadang aku sendiri tak nampak kesilapan aku, namun paling tak aku tahu untuk ucapkan kata maaf atas kesilapan aku. Paling tak aku tahu untuk stay, hargai mereka dan cuba ubah menjadi lebih baik.

Kau mungkin tak pernah fikir, kenapa Allah hadirkan kau seseorang dalam hidup kau dan sebab tu kau jadikan seseorang yang hadir dalam hidup kau hanya untuk kebaikan kau. Fikir sejenak, pernah dia tinggalkan kau terkapai-kapai saat kau perlukan pertolongan baik dari segi wang ringgit, baik dari segi nasihat, baik dari segi dorongan semangat apetah kesihatan kau dan sebagainya? Walau kau cuba buang dia dari hidup kau, pernah dia pergi tinggalkan kau?

Kadang mereka tak pernah nak ungkit apa yang mereka buat untuk kau tapi untuk nak cari kesalahan mereka, kau cakap mereka mengungkit. Tapi mereka masih tersenyum dengan apa yang kau cakap, masih setia dengan kau berdiri teguh di belakang kau untuk sokong kau bila kau jatuh lagi. Cuba untuk sejenak, pandang dan sedar kebaikan seseorang untuk kau. Dia sanggup dipandanng bodoh oleh orang lain, bagai lembu dicucuk hidung mengikut semua kemahuan kau atas sebab masih setia dengan kau sedangkan kau jelas-jelas dah buang dia dari hidup kau.

TOLONG. Tolong jangan buat seseorang untuk kegunaan kebaikan diri kau sahaja. Don't take people for granted. Masih tak cukup lagikah segala pengorbanan dia, semua penat lelah dia dan mengalah dia dengan kau? Perlukah kau terus-terus ego merasakan diri kau sahaja yang betul? Kadang Allah cuba tarik dia dari hidup kau kerna kau tak tahu nak menghargai dia, kau tak tahu untuk rasa bersyukur namun dia tetap setia dengan kau.

Silakan. Silakan nampak orang lain dalam hidup kau dalam pandangan mata kau. Silakan letak dia pada tahap paling bawah dalam hati dan kehidupan kau. Silakan terus-terus berikan kebahagiaan pada orang lain dan hancurkan kehidupan dia yang selalu dengan kau. Silakan padam semua kenangan pahit manis susah senang kau dengan dia. Go on your life on took the person only for granted. Namun, jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal disaat dia terlalu penat untuk jadi lilin yang membakar diri dia untuk kau. Aku takut disaat itu dia mungkin takkan ada terus dari hidup kau. Jangan sampai suatu saat nanti baru kau sedar yang kau buang itu lah yang terbaik untuk kau.



Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♥ Past / Future ♥