A Moment in Time
♔Kenapa sorok bila dah mula bahagia dengan seseorang?♔
29 December 2016 | 00:23 | 0 love drops
Sebelum nie ada yang pernah tanya aak soalan macam ni:
Kenapa blur kan gambar dia? Taknak tunjuk dia kat orang sebab takut sipolan tau ke? Kenapa sorok kau ada dia sekarang?


Ni aku punya pendapat dan jawapan dan mungkin di antara korang ada yang tak setuju. Its depend pada pemerhatian dan bagaimana pandangan korang terhadap dunia.

Bila aku suka seseorang tu, aku dah bersama dia — ada relay dan aku hebohkan pada dunia. 
Hey dia aku punya, hey aku nak bersama dengan dia buat selamanya.
Niat aku ada dua, satunya nak cakap aku dah cop dia, yang keduanya aku ingat tu adalah the right move, rupanya I'm wrong.

The pressure semakin teruk sebab orang akan cepat tahu if something is wrong somewhere. And actually without aku notice ada orang yang dengki tak pun tak suka tengok hubungan aku, tengok aku bahagia dengan dia. Dan akhirnya bila hubungan tu tak menjadi, aku malu sendiri. I think bout what will people say. Yelah sebelum ni syok sangat tayang kat dunia dia aku punya macam dia tu memang betul jodoh aku. Lagi lagi bila fikir ramai bertepuk tangan tengok aku dengan dia break. Myself down. Dan masa mula-mula putus cinta tu, lagilah heartbroken bila friends, makcik makcik tanya, “Eh tak jumpa ngan dia ke?”. Aku penat-penat nak lupakan dia, ada pulak tanya kenapa tak contact ape lah ngan dia. Aku dah putus kot.

But that was the 'PRICE' that I need to pay. Tulah kann siapa suruh hang mandai-mandai, siapa suruh yakin sangat yang dia akan jadi hang punya sampai bila-bila. Nak sangat tayang bahagia hang kat orang. Macam hang sorang ja ada pasangan kat dunia ni. Sedangkan yang bersama berpuluh tahun pun boleh berpisah, inikan pula hubungan yang baru dan yang lagi teruk, belum bernikah pun lagi.

Okay next, ada part it will be very special jika hanya kita berdua yang rasa dan tahu. Tak perlu orang lain tahu kisah cinta kita. Nak bagi inspirasi pada mereka? Mungkin boleh dipertimbangkan but better not. Yang kita ni pun belum tentu boleh bersama sampai mati. Sedangkan makcik pakcik yang dah berkahwin 30 tahun pun tak berani nak bagi tips sangat cause they know dalam perkahwinan ada pasang surutnya.

Hmmmmm after that, it comes to bila dah takde, ianya jadi perhatian dunia. Mereka semua confirm akan cari siapa yang salah dan mereka akan ingat sampai bila-bila. Simple said, busybody. Typical human even just a little pie, they will. Mereka tak akan ingat kebaikan yang kau lakukan, mereka akan cakap, “Oh inilah dia Ex-Wife bla bla bla. Dulu putus sebab bla bla bla”. Mereka akn buat spekulasi bodoh mereka sendiri.

The best way is that jika dia kau punya, dia akan tetap jadi kau yang punya. Tak perlu hebohkan pada dunia. Yang kau perlu lakukan hanyalah doa agar Tuhan jaga hati kalian bersama, usaha solat sama-sama untuk jadi lebih bahagia berdua, itu yang lebih indah sebenarnya.

Jangan jadikan hidup kita sebagai bahan pameran dunia. Mereka akan puji apabila kita tunjukkan yang indah dan akan mula mengeji apabila apa yang kita rancang tidak seindah seperti yang dirancang. Kat dunia ni kita tak tahu dalam diam ada yang benci ada yang dendam dan sebagainya ngan kita.

Kita tak cerita, bukan sebab kita tak sayang.
Kita tak cerita, sebab kita mahu lindungi dia, mahu lindungi hubungan kita dari drama dan kebodohan dunia.

Hati-hati.

Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♥ Past / Future ♥