A Moment in Time
♔ boys out there, please take note!♔
14 January 2017 | 21:42 | 0 love drops
To the bros out there 😊
Bro, dengar sini akak nak cakap sikit. Semua perempuan dalam dunia ni ada kecantikan dia yang tersendiri. kau je yang buta hati. kau hina dia depan kawan-kawan kau. kau pura-pura sayang dia. kau tipu dia. kau gunakan dia sedangkan kau tak nak dia pun. sedangkan hati kau tu pada yang lain.

What do you guys think orang perempuan ni takde perasaan ke bro? 😑 dia sama je macam kau bro, ada hati ada perasaan. kau je yang tak pernah kisah pasal dia. Why? sebab ego kau tinggi bro. kau psycho. kau ingat kau sorang je yang betul. kau fikir dia sorang je yang ada silap.

Guys, wake up ok? she loves you so much. dia tak nak kehilangan kau. dia setia cuma pada kau. yaaa mungkin dia banyak berkawan sana sini but she is not as same as you bro. berkawan melayan yang lain sampai hati tu berpindah pada yang lain. tak sangka hati you guys ni hidup cara nomad 😏 dia jaga hati dan perasaan kau. dia caring pasal kau. tapi kau?

kau reply dia punya text pun sepatah dua patah je. tolonglah, belajar jaga hati dia. jaga perasaan dia. caring pasa dia. take a good care of her. jangan lah kau ignore dia buat dia rasa macam dia tak penting untuk kau. ibarat macam kau dan dia lansung tak wujud dalam hidup masing-masing.

dia perempuan. perangai kasar singa macam mana pun hati dia lembut sebenarnya bro. kau je yang tak tahu macam mana nak 'jinakkan' dia. lebih baik yang jenis kasar singa pada luaran dia tapi lembut bila dengan kau daripada yang jenis lembut manja tak kira dengan siapa pun. kau sebenarnya beruntung dapat perempuan yang jenis kasar luaran dia namun sebenarnya dia jenis manja dan manja dia cuma kau je yang dapat rasa bro. sebab nak cari perempuan yang betul-betul manja ni susah. gedik tu ramai. kau lelaki, kau kena faham perempuan macam mana baru kau boleh bercinta dengan dia,

dia senyum, dia happy. sedih takat mana pun hati dia, dia tetap senyum untuk kau. tetap tunjuk dia kuat. she act like nothing happen. sebab apa? sebab dia sayang kau. bila kau marah maki hamun dia, dia senyap bro. sebab dia tahu bila kau marah semua benda nak keluar. mungkin ada sepatah dua dia jawab tapi bukan niat nak melawan, sekadar nak betulkan tuduhan kau yang mungkin teramat berat bagi dia but after all dia tetap pilih untuk diam dan iya kan je ape kau cakap, dia faham kau. tapi kau? kau lansung tak faham dia bro. kau tak faham apa yang dia nak.

ingat satu je, sekali dia buang kau dalam hidup dia, dia takkan kutip kau balik bro. perempuan memang senang nak maafkan tapi sekali hati dia dah terluka yang amat, sesekali pun dia takkan pernah bagi peluang dekat orang tu. jangan pulak nanti bila dah jadi macam tu baru kau nak rasa menyesal. takde guna dah bro kau nak menyesal bila hati dia dah tawar, hilang dah tertutup untuk kau.

kalau kau sayang dia, jangan gunakan dia. hargai dai bro. dia cuma perlukan kasih sayang dan perhatian je daripada kau. tu je yang dia perlukan. then everything mana kurang nya pada dia mana yang kau tak suka mungkin slowly dia akan ubah untuk kau,
manusia akan berubah dengan sendiri bila dia sayangkan seseorang kerana mereka akan cuba untuk jadi yang terbaik buat insan yang mereka sayang.
bro, berubah laaa. JANGAN JADI BUAYA DARAT. kalau nak bercinta hati biar ikhlas. jangan kau tipu dia, gunakan dia. same as you girls 😞 perempuan ni hati sensitif bro. senang sangat terluka. sebab tu kau diciptakan untuk melindungi perempuan bukan untuk kau sakiti kau robek lagi hati dia.

kau lelaki sepatutnya kau tahu semua benda ni. bukannya kau tak boleh lepak dengan member-member kau cuma, text lah dia sekejap. kau korbankan lah masa untuk dia. Text dia tanya
"sayang okay?" "take care tau sayang, i love you" "buat apa tu sayang? dah makan?"😘.
tanya macam tu pun dah buat hati dia tenang. buat dia rasa happy.

tak susah kan bro? Jangan ingat kau lelaki kau boleh main kan perasaan perempuan. tak semudah tu bro. sedangkan Allah amat melindungi kaum hawa. kau mainkan perasaan dia, nanti jangan tanya kenapa hati kau dipermainkan semula. kifarah tu ada 😌

Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♔Kenapa sorok bila dah mula bahagia dengan seseorang?♔
29 December 2016 | 00:23 | 0 love drops
Sebelum nie ada yang pernah tanya aak soalan macam ni:
Kenapa blur kan gambar dia? Taknak tunjuk dia kat orang sebab takut sipolan tau ke? Kenapa sorok kau ada dia sekarang?


Ni aku punya pendapat dan jawapan dan mungkin di antara korang ada yang tak setuju. Its depend pada pemerhatian dan bagaimana pandangan korang terhadap dunia.

Bila aku suka seseorang tu, aku dah bersama dia — ada relay dan aku hebohkan pada dunia. 
Hey dia aku punya, hey aku nak bersama dengan dia buat selamanya.
Niat aku ada dua, satunya nak cakap aku dah cop dia, yang keduanya aku ingat tu adalah the right move, rupanya I'm wrong.

The pressure semakin teruk sebab orang akan cepat tahu if something is wrong somewhere. And actually without aku notice ada orang yang dengki tak pun tak suka tengok hubungan aku, tengok aku bahagia dengan dia. Dan akhirnya bila hubungan tu tak menjadi, aku malu sendiri. I think bout what will people say. Yelah sebelum ni syok sangat tayang kat dunia dia aku punya macam dia tu memang betul jodoh aku. Lagi lagi bila fikir ramai bertepuk tangan tengok aku dengan dia break. Myself down. Dan masa mula-mula putus cinta tu, lagilah heartbroken bila friends, makcik makcik tanya, “Eh tak jumpa ngan dia ke?”. Aku penat-penat nak lupakan dia, ada pulak tanya kenapa tak contact ape lah ngan dia. Aku dah putus kot.

But that was the 'PRICE' that I need to pay. Tulah kann siapa suruh hang mandai-mandai, siapa suruh yakin sangat yang dia akan jadi hang punya sampai bila-bila. Nak sangat tayang bahagia hang kat orang. Macam hang sorang ja ada pasangan kat dunia ni. Sedangkan yang bersama berpuluh tahun pun boleh berpisah, inikan pula hubungan yang baru dan yang lagi teruk, belum bernikah pun lagi.

Okay next, ada part it will be very special jika hanya kita berdua yang rasa dan tahu. Tak perlu orang lain tahu kisah cinta kita. Nak bagi inspirasi pada mereka? Mungkin boleh dipertimbangkan but better not. Yang kita ni pun belum tentu boleh bersama sampai mati. Sedangkan makcik pakcik yang dah berkahwin 30 tahun pun tak berani nak bagi tips sangat cause they know dalam perkahwinan ada pasang surutnya.

Hmmmmm after that, it comes to bila dah takde, ianya jadi perhatian dunia. Mereka semua confirm akan cari siapa yang salah dan mereka akan ingat sampai bila-bila. Simple said, busybody. Typical human even just a little pie, they will. Mereka tak akan ingat kebaikan yang kau lakukan, mereka akan cakap, “Oh inilah dia Ex-Wife bla bla bla. Dulu putus sebab bla bla bla”. Mereka akn buat spekulasi bodoh mereka sendiri.

The best way is that jika dia kau punya, dia akan tetap jadi kau yang punya. Tak perlu hebohkan pada dunia. Yang kau perlu lakukan hanyalah doa agar Tuhan jaga hati kalian bersama, usaha solat sama-sama untuk jadi lebih bahagia berdua, itu yang lebih indah sebenarnya.

Jangan jadikan hidup kita sebagai bahan pameran dunia. Mereka akan puji apabila kita tunjukkan yang indah dan akan mula mengeji apabila apa yang kita rancang tidak seindah seperti yang dirancang. Kat dunia ni kita tak tahu dalam diam ada yang benci ada yang dendam dan sebagainya ngan kita.

Kita tak cerita, bukan sebab kita tak sayang.
Kita tak cerita, sebab kita mahu lindungi dia, mahu lindungi hubungan kita dari drama dan kebodohan dunia.

Hati-hati.

Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♔Granted.♔
23 March 2016 | 21:37 | 0 love drops
ASSALAMUALAIKUM!

Manusia sekarang banyak yang lupa siapa mereka pada asalnya. Lupa bagaimana diri mereka yang sebelumnya di saat mereka susah, sape yang tak jemu berdiri membantu dan sebagainya. Sekarang makin ramai yang tak tahu nak menghargai seseorang dalam hidup mereka. GRANTED. Yes, kebanyakkan orang sekarang ni took people only for granted in their life. Ramai yang hanya buat seseorang yang hadir dalam hidup diorang sebagai suatu tempat untuk gunakan bagi kebaikan mereka.

Kau mungkin pernah cakap
Aku bukan perlukan kau hanya untuk kebaikan aku tapi sebab aku tahu nak hargai kau sebab kau dah banyak tolong aku, bagaimana aku perlukan kau dalam susah senang macam tu jugak kau perlukan aku dalam susah dan senang.
Tapi semua tu hanya cakap kosong. Kau cakap je kau tahu nak hargai seseorang tu tapi ape yang kau buat? Disaat kau susah kau cari seseorang tu, tapi bila kau senang bila kau gembira kau lupa dia. Malah kau sibuk rasa gembira gelak ketawa bahagiakan hidup orang lain. Dia sibuk tanyakan kau itu ini takut kau dalam kesusahan. Cari kau tiap masa dan hanya mampu melihat sambil tersenyum dan berkata "baguslah jika itu yang buat kau bahagia."

Kau tak sedar apa yang dia buat, pengorbanan perhatian dia untuk kau. Kau tak sedar akan semua yang berlaku, kau tak pernah nampak effort seseorang untuk kau bila kau cuma buat dia hanya untuk kebaikan kau. Kau cuma nampak orang lain di mata kau. Kau susah dia ada, kau senang dia ada. Sampai suatu saat dia sanggup ubah diri dia untuk kau. Tapi, apa yang kau sedar? Kau cuma nampak kesalahan dan kelemahan seseorang. Sesuatu yang baik di diamkan, kesalahan yang kecil diperbesarkan.

Kenapa manusia jadi macam tu?

Kau jadi macam tu sebab kau lansung tak pernah nak ambil masa tilik diri kau sendiri, bertakafur untuk sementara waktu menyendiri dan cuba untuk sedar ape yang kau ada pun serba kekurangan. Kau fikir kau je yang betul, kau je yang cerdik dan orang lain tu bodoh. Kau pandang orang lain kecil di mata kau tapi kau tak sedar orang lain pun pandang kau kecil disebab kan keangkuhan diri kau sendiri.

Ada orang, mereka tak akan sesekali suarakan isi hati mereka untuk nak jaga perasaan dan hati kau sampai tahap sanggup ketepikan hati sendiri. Hati sendiri jatuh ke lantai pun tetap dibiarkan dan kutip hati kau demi nak jaga perasaan kau yang satu tu. Takut diri mereka tersilap bicara. Tapi kau tetap cakap kau yang sibuk jaga hati orang, hati kau takde yang jaga. Hakikat, kau tak nampak semua yang dia korbankan untuk kau. Kadang kau yang salah tapi mereka yang sibuk minta maaf mengakui mereka yang silap walhal bukan kesilapan tu datang dari mereka. Mungkin kau akan rasa sesuatu kemenangan dalam diri kau bila mereka ucapkan kata maaf tapi sebenarnya kau salah.

Jika aku, aku mengalah sebab aku sedar tak ada guna bertengkar. Aku penat untuk bertengkar dengan mereka yang tak pernah nak faham apa yang aku lakukan, tak pernah nak nampak usaha aku selama ni. Aku tahu kadang aku sendiri tak nampak kesilapan aku, namun paling tak aku tahu untuk ucapkan kata maaf atas kesilapan aku. Paling tak aku tahu untuk stay, hargai mereka dan cuba ubah menjadi lebih baik.

Kau mungkin tak pernah fikir, kenapa Allah hadirkan kau seseorang dalam hidup kau dan sebab tu kau jadikan seseorang yang hadir dalam hidup kau hanya untuk kebaikan kau. Fikir sejenak, pernah dia tinggalkan kau terkapai-kapai saat kau perlukan pertolongan baik dari segi wang ringgit, baik dari segi nasihat, baik dari segi dorongan semangat apetah kesihatan kau dan sebagainya? Walau kau cuba buang dia dari hidup kau, pernah dia pergi tinggalkan kau?

Kadang mereka tak pernah nak ungkit apa yang mereka buat untuk kau tapi untuk nak cari kesalahan mereka, kau cakap mereka mengungkit. Tapi mereka masih tersenyum dengan apa yang kau cakap, masih setia dengan kau berdiri teguh di belakang kau untuk sokong kau bila kau jatuh lagi. Cuba untuk sejenak, pandang dan sedar kebaikan seseorang untuk kau. Dia sanggup dipandanng bodoh oleh orang lain, bagai lembu dicucuk hidung mengikut semua kemahuan kau atas sebab masih setia dengan kau sedangkan kau jelas-jelas dah buang dia dari hidup kau.

TOLONG. Tolong jangan buat seseorang untuk kegunaan kebaikan diri kau sahaja. Don't take people for granted. Masih tak cukup lagikah segala pengorbanan dia, semua penat lelah dia dan mengalah dia dengan kau? Perlukah kau terus-terus ego merasakan diri kau sahaja yang betul? Kadang Allah cuba tarik dia dari hidup kau kerna kau tak tahu nak menghargai dia, kau tak tahu untuk rasa bersyukur namun dia tetap setia dengan kau.

Silakan. Silakan nampak orang lain dalam hidup kau dalam pandangan mata kau. Silakan letak dia pada tahap paling bawah dalam hati dan kehidupan kau. Silakan terus-terus berikan kebahagiaan pada orang lain dan hancurkan kehidupan dia yang selalu dengan kau. Silakan padam semua kenangan pahit manis susah senang kau dengan dia. Go on your life on took the person only for granted. Namun, jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal disaat dia terlalu penat untuk jadi lilin yang membakar diri dia untuk kau. Aku takut disaat itu dia mungkin takkan ada terus dari hidup kau. Jangan sampai suatu saat nanti baru kau sedar yang kau buang itu lah yang terbaik untuk kau.



Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♔Tukar Skin SCM Music Player♔
21 March 2014 | 11:45 | 0 love drops
Assalamualaikum ^ ^

Yeee dah kenape aku ni rajin sangat nak buat TUTORIAL ni? Demam ke
ape ni? Hohohoho dulu dah buat tutorials but then pegi delete blog tu. Hahaha tak ke name nye kerja dua kali? Hiyya~ okay takmau membebel pepanjang.

Sape kat sini nak tukar dia punya SCM Music Player punya skin? Tahu kan amenda SCM ni?  Music player untuk yang nak letak lagu dalam blog macam kite punye tu lahh sayang  Okay to those yang xtahu tu boleh klik SINI !!!! Hmmm mana laaaa tahu kan bosan dengan skin yang dia bagi tu  So sini kite ade care cemana nak tukar. Actually semua ni kite buat sendiri *kira tutorial ni aku tak ada tiru sesapa pun okayyy* cari skin code apa try-try tukar sendiri and then hasilnya macam kite punye music player  Okay lets begin !

1. Korang pegi dekat http://www.playlist.me

2. Then klik dekat skin tu and pilih laa skin yang korang berkenan

tekan untuk si kecil ku membesar !
3. Lepas dah jumpe yang berkenan di mata hati kalbu korang, korang right-click mouse korang tu then pilih view page source


4. Okay part yang nie agak macam rumit lah sikit sebab korang nak kene menyelam dalam tuh nak kene cari code untuk skin yang korang nak *kalau nak cantik blog tu jangan laa putus asa ye* Untuk memudahkan laa, macam aku pilih yang gambar cupcake tu kan. so tekan CTRL+F then dalam kotak search tu taip lah cupcake ke ape yang berkaitan dengan gambar skin korang pilih . Dah jumpe tu korang tekan link tu , contoh ada di bawah ni


5. Dah klik link tu akan kuar lah gambar untuk skin yang korang pilih . Okay , yang nie korang kene copy link yang selepas tanda # okay ? tak faham tengok contoh bawah ni :


6. Lepas dah copy tu kan, pergi laaa dekat website SCM Music Player tu then masukkan code yang korang dah copy dekat Custom Skin CSS (optional)


7. Then tekan next yang ade kat bawah tu . Pilih lah lagu yang korang nak dalam youtube or soundcloud or mane-mane , ambil dia punya url paste lah dekat SONG URL tu then tekan next untuk nak autoplay ape. Dah siap semua tekan done the copy code yang dia bagi tu then letak laaa dalam template korang .

Okayyy itu sajalah cara nya  senang je sebenarnye . Yang penting nak buat nie jangan laaa stress-stress ape yerk  Kalau ada yang tak faham ke ape ke boleh tanya kat cbox atau leave kat comment  If nak copy tutorial nie , dipersilakan but make sure to make a credit to me okay ?

Bye ! Enjoy your new skin of SCM Music Player ! Thanks for the support 
Twitter : @Ohhh_NA
Wechat : Ohhh_NA


Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

♔CARA TUKAR LAGU DALAM BLOG : YOUTUBE♔
25 February 2012 | 03:01 | 0 love drops
assalamualaikum . budak baik nak kongsi ilmu sikit . tapi ilmu ni untuk yang guna old template and yang dah guna lagu youtube but without video oke ? semenjak sudah pandai edit blog orang ni kan , so confirm la dah tahu coding-coding sume tuh . so sini na bagi sikit cara nak letak lagu or tukar lagu dalam blog tu tanpa ade video youtube jugak . #make sure amek lagu from youtube k :)

korang pergi dekat youtube then cari lagu yang korang nak . bila dah jumpa lagu tuu , korang click . then scroll ke bawah sikit korang akan jumpe perkataan SHARE . korang click then akan keluar pulak satu url with this :

click dekat EMBED tu okay ? hope korang xpening lagi yee . lepas dah tekan embed tuu , akan keluar pulak macam kat bawah ni : *dalam box tu akan ade code lagu korang*




sila pastikan korang tick dekat USE OLD EMBED CODE . kalu tak tick akt situ lg , sila tick ye . lepas dah tick korang tekan je kat dalam kotak tu then dia akan jadi highlight all kan ? so yang korang perlu buad cuma tekan CTRL+C untuk copy . done ? next step ... korang ikut yang kat bawah ni pulak ya !

first sing in to blog > go to dashboard > template

done ? okay bila dah done . korang tekan CTRL+F untuk memudahkan korang cari code-code nanti . bila dah kuar satu box tu , korang type kat dalam tu youtube . nanti dengan sendiri akan kuar code yang ade kaitan dengan youtube =) code mestilah start dengan <object width="???" height="???"> so kat bawah ni contoh yang korang akan jumpa mase mula-mula
<object width="200" height="25"><param name="movie" value="URL LAGU KORANG?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0">
code nye still banyak lagi tao . so care nye senang je . korang highlight kan code lagu korang tu sampai dekat </embed></object> lepas dah highlight , sila tekan key backspace kat keyboard korang tu . then korang terus tekan pulak CTRL+V untuk paste code yang korang dah copy tadi tu . senang je kan ? ehh tunggu belom siap lagi laa sayangsss . * code yang saye tunjukkan kat bawah ni saye punye lagu dalam blog saye ye =) kalau nak guna lagu tu pon boleh *
<object width="420" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/geS-bXtJbqk?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/geS-bXtJbqk?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
dengan pro nye korang gantikan 420 dengan 200 then 315 dengan 25 . then korang gantikan version=3 dengan fs=1&amp;autoplay=1 
* if korang nak tukar border lagu tu korang gantikan rel=0 dengan color1=0xffffff&amp;color2=0xffffff
so korang akan dapat macam ni :

<object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/geS-bXtJbqk? fs=1&amp;autoplay=1 &amp;hl=en_US&amp;
color1=0xffffff&amp;color2=0xffffff"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/geS-bXtJbqk? fs=1&amp;autoplay=1 &amp;hl=en_US&amp; color1=0xffffff&amp;color2=0xffffff " type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
sila preview dulu takut-takut tak jadi . If dah jadi dengan senang hati nya korang click save template ^_^
if tak jadi jugak sila inform me okay ? don't forget to follow me and also click like or tweet me if u like this !

yang warna pink xbrape nak terang tu code colour . korang boleh daptkan di SINI TAU ! pandai-pandai la korang tukar dengan wrna yang korang nak . wrne yang tu warne putih .

THANX A LOT :) *nak copy please credit to azyra ok ? byee luv you all . muach :* 

Hearts, ♥ Azira Nadia ♥

/ Future ♥